PM Itali letak jawatan

Astro Awani
Ogos 20, 2019 06:51 MYT
Giuseppe Conte ketika menghadiri Senat berhubung krisis kerajaan yang berlanjutan, di Rom, Itali, 20 Ogos, 2019. REUTERS
Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte mengumumkan meletak jawatan berikutan keputusan parti pemerintah, Parti Liga untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap kerajaan gabungan.
Surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Presiden Sergio Mattarella pada Selasa.
Conte ketika berucap kepada Senat turut menyalahkan Timbalan Perdana Menteri, Matteo Salvini berikutan keputusan parti pimpinan Salvini keluar dari pakatan kerajaan.
Perbalahan antara kedua-dua pemimpin itu berlarutan sejak seminggu lalu.
Ini sekali gus menyebabkan ekonomi ketiga terbesar Kesatuan Eropah itu terjerumus dalam pergolakan politik.
#Giuseppe Conte #Itali #letak jawatan #Perdana Menteri #Usul tidak percaya
;