PM Israel ugut guna kekerasan henti protes penduduk Palestin

Agensi
Mei 12, 2021 21:58 MYT
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran akan melaksanakan langkah yang lebih keras untuk menghentikan protes dari komuniti Arab. - Gambar fail
PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran akan menggunakan kekerasan bagi menghentikan tekanan daripada penduduk Palestin.
Kenyataan berbaur ugutan itu dibuat susulan protes berterusan yang berlangsung di beberapa kawasan selepas insiden serangan di Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah oleh rejim Zionis.
"Kami sedang dalam pergelutan dalam pelbagai perkara.
"Kami akan terus berusaha untuk menghentikan sebarang bentuk anarki dan mengembalikan pemerintahan di kota-kota di Israel, termasuk menggunakan 'íron fist' sekiranya perlu, selain menggunakan segala kekuatan yang ada dan pihak berkuasa," katanya seperti dilaporkan agensi penyiaran Israel.
Di Acre, penunjuk perasaan dilaporkan telah membakar restoran dan hotel milik Yahudi.
Sejumlah individu turut ditahan di beberapa bandar di negara itu.
Antara lain, pihak berkuasa Israel juga telah mengisytiharkan darurat di kawasan barat Israel dan mengerahkan anggota polis paramiliter sempadan sebagai bantuan untuk mengawal protes.
#Benjamin Netanyahu #serangan #Masjid Al-Aqsa #Israel #Palestin #Iron fist #Gaza #kekerasan #henti tekanan arab
;