PM Israel didakwa atas tuduhan rasuah, pecah amanah
Agensi
November 21, 2019 00:48 MYT
November 21, 2019 00:48 MYT
PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah didakwa atas tuduhan rasuah, pecah amanah dan penipuan.
Pendakwaan berkenaan dibuat peguam negara Israel, Avichai Mandelblit melalui satu pengumuman pada Khamis.
Bagaimanapun, Netanyahu yang menafikan salah laku dalam tiga kes rasuah tersebut, tidak mempunyai tekanan undang-undang untuk melepaskan jawatan selepas dituduh.
Netanyahu dijangka akan membuat kenyataan rasmi mengenai dakwaan itu Jumaat ini.