PM Iraq pilih menteri menerusi online
Agensi
November 8, 2018 07:50 MYT
November 8, 2018 07:50 MYT
Perdana Menteri Iraq dilaporkan memilih lima ahli kabinetnya dari ribuan permohonan atas talian.
Perdana Menteri, Adel Abdul Mahdi membentuk kerajaan pada Oktober lalu bagi mengakhiri kebuntuan selepas pilihan raya yang tidak 'berkesimpulan'.
Menerusi laman Facebook miliknya, beliau mengumumkan keputusan membuka permohonan jawatan ahli kabinet kepada orang awam.
Calon yang berminat dikehendaki menyertakan resume dan bukti kelayakan, calon juga harus menyatakan kementerian mana yang ingin disertai dan sama ada mereka ahli mana-mana parti politik.
Selain itu, calon turut diminta menyatakan pengalaman berhubung projek yang pernah disertai, pandangan tentang bagaimana menjadi pemimpin yang berjaya serta langkah menangani masalah sesebuah kementerian.
Menurut beliau, lebih 15,000 calon telah menghantar permohonan online bagi mengisi 14 jawatan kabinet.
Bagaimanapun, nama dan jawatan calon yang berjaya masih belum diumumkan.
Iraq kini berdepan pelbagai masalah domestik, termasuk kadar pengangguran tinggi, rasuah serta usaha membina semula negara yang musnah akibat perang.
#Adel Abdul Mahdi
#atas talian
#calon
#Iraq
#kabinet
#kerajaan
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#politik
#Rasuah