PM India Narendra Modi bertanding di kerusi Parlimen Varanasi
Bernama
Mei 14, 2024 21:33 MYT
Mei 14, 2024 21:33 MYT
NEW DELHI: Perdana Menteri India Narendra Modi secara rasmi menyerahkan borang pencalonannya untuk kerusi Parlimen pada Selasa di kawasan Varanasi di negeri Uttar Pradesh.
Modi memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2014 dan 2019.
Pemimpin berusia 73 tahun itu yang diiringi sami, juga melakukan ritual di tapak suci Hindu di Sungai Gangga.
"Saya telah menyerahkan borang pencalonan saya sebagai calon untuk kerusi Lok Sabha Varanasi. Ia adalah satu penghormatan untuk berkhidmat kepada rakyat di kerusi bersejarah ini," kata Modi.
Pengundian akan diadakan di Varanasi pada 1 Jun dalam fasa terakhir pilihan raya umum yang berlangsung selama tujuh minggu.
-- BERNAMA