PM Hungary tiba di Paris, bertemu Macron bincang krisis Ukraine
Agensi
Mac 5, 2025 07:50 MYT
Mac 5, 2025 07:50 MYT
Orban tiba di Paris untuk mengadakan pertemuan dengan Macron pada Rabu. - Foto Facebook/Orbán Viktor
PARIS: Perdana Menteri Hungary Viktor Orban tiba di Paris untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Rabu.
Orban berkata, beliau dijadualkan berbincang dengan pemimpin Perancis itu mengenai krisis Ukraine menjelang sidang kemuncak luar biasa pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU) yang dijadualkan pada Khamis.
Macron dan Perdana Menteri UK Keir Starmer telah mengadakan beberapa panggilan, secara berasingan, dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sejak pertemuan tegang kedua pemimpin itu pada Jumaat lalu yang membawa kepada penggantungan bantuan ketenteraan AS kepada Kiev.
Sebelum ini, Trump membekukan bantuan ketenteraan AS untuk Ukraine terhadap pencerobohan Rusia yang telah berlangsung selama tiga tahun rentetan ketegangan yang membuat Trump marah serta menegaskan bahawa AS harus memberikan jaminan keselamatan sebagai sebahagian daripada sebarang gencatan senjata.
Sementara itu, beberapa pemimpin sayap kanan Eropah, termasuk Viktor Orban dari Hungary dengan tegas turut menyokong Trump.