PM Haiti, Joseph Jouthe umum letak jawatan
Agensi
April 14, 2021 23:04 MYT
April 14, 2021 23:04 MYT
Port-au-Prince: Perdana Menteri Haiti, Joseph Jouthe mengumumkan peletakan jawatannya pada Rabu.
Keputusan itu dibuat Jouthe ketika negaranya masih bergelut dengan isu pembunuhan dan penculikan selain giat melakukan persiapan referendum Perlembagaan, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum yang dijangka akhir tahun ini.
Jouthe telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Haiti sejak Mac tahun lalu.
Beliau bagaimanapun ketika ditanya media, enggan mengulas lanjut punca sebenar keputusannya untuk meletakkan jawatan.
Menurut laporan agensi, Jouthe sebelum ini pernah cuba menyerahkan notis meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, namun ditolak oleh Presiden Jovenel Moise.
Menteri Luar Haiti, Claude Joseph kini dinamakan sebagai Perdana Menteri Haiti yang baharu.
Sejak 2015, Haiti melalui fasa pertukaran Perdana Menteri beberapa kali dengan keseluruhannya lapan individu memegang jawatan itu secara berasingan.
#PM Haiti
#Perdana Menteri Haiti
#Joseph Jouthe
#Claude Joseph
#letak jawatan
#penculikan
#Pembunuhan
#pilihan raya