PM Greece tawar sokongan, bantuan susulan gempa - Erdogan

Astro Awani
Oktober 30, 2020 06:15 MYT
Erdogan memaklumkan Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis menawarkan sokongan dan bantuan susulan bencana gempa yang berlaku. -Gambar fail/Reuters
ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis menawarkan sokongan dan bantuan susulan bencana gempa yang berlaku.
Perkembangan ini sedikit mengendurkan ketegangan di antara dua negara itu.
"Perdana menteri Greece menghubungi saya dan memaklumkan negara itu turut terjejas dengan gempa ini. Tetapi tiada kematian dicatatkan.
"Beliau sedia menawarkan bantuan sekiranya Turki memerlukannya," kata Erdogan.

I just called President @RTErdogan to offer my condolences for the tragic loss of life from the earthquake that struck both our countries. Whatever our differences, these are times when our people need to stand together.

— Prime Minister GR (@PrimeministerGR) October 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hubungan Turki dan Greece sebelum ini tegang susulan isu pertahanan.
Kapal perang kedua-dua negara berada di wilayah pertikaian di timur laut Mediteranean.
Ketegangan berterusan turut mencetus kebimbangan berhubung konflik dua jiran ini yang juga sekutu dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
#gempa bumi #Recep Tayyip Erdogan #Perdana Menteri Greece #Kyriakos Mitsotakis #tawar bantuan #ketegangan dua negara
;