PM Chile pantau perkembangan pesawat Hercules bersama 38 penumpang hilang

Agensi
Disember 10, 2019 16:38 MYT
Pinera terkejut dan berduka tentang berita kehilangan pesawat tersebut. - Gambar REUTERS
PERDANA Menteri Chile, Sebastian Pinera memaklumkan, beliau dan Kementerian Dalam Negeri memantau rapi perkembangan sebuah pesawat kargo yang dilaporkan hilang pada Isnin.
Menerusi perkongsian Twitternya, Pinera berkata, beliau terkejut dan berduka tentang berita kehilangan pesawat tersebut.
Beliau turut memberi jaminan pihaknya akan terus mencari dan mengerahkan pasukan menyelamat pesawat yang hilang.

Vamos con ministro @gblumel rumbo a Cerrillos.Consternados con desaparición de avión Hércules de la @FACh_Chile que viajaba con 38 pasajeros rumbo a la Antártica desde Punta Arenas.Desde ahí,junto a Ministro @mindefchile monitorearemos búsqueda y despliegue de equipos de rescate

— Sebastian Piñera (@sebastianpinera) December 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, tentera udara Chile memaklumkan terputus hubungan dengan pesawat yang membawa 38 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan ke pangkalan di Antartika.
Susulan kehilangan itu, pasukan tentera mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat.
Terdahulu, pesawat Hercules C-130 itu membawa 17 anak kapal dan selebihnya 21 penumpang.
Pesawat Hercules C-130 itu berlepas dari bandar Punta Arenas di selatan negara itu, pada jam 4.55 petang (waktu tempatan) dan dilaporkan terputus hubungan pada jam 6 petang (waktu tempatan).
Pasukan tentara turut memaklumkan, keadaan udara baik ketika pesawat itu terputus hubungan dengan pasukan tentera.
#Chile #Hercules C-130 #hilang #Perdana Menteri #pesawat kargo #Sebastian Pinera
;