PM Britain: Tewas dengan Liz Truss, Rishi Sunak tak kecewa

Agensi
September 6, 2022 15:46 MYT
Menurut Sunak, beliau berasakan adalah satu penghargaan dapat berkhidmat sebagai Canselor Perbendaharaan di kala negara berdepan saat sukar. - REUTERS
LONDON: Kalah dengan Liz Truss dalam pemilihan Perdana Menteri baharu Britain, Rishi Sunak tidak berasa kecewa malah menyifatkan peluang dicalonkan sebagai pengalaman berharga.
Beliau yang merupakan bekas Menteri Kewangan memberitahu bangga dengan pencapaian setakat ini.
“Sebuah penghargaan dapat berkhidmat sebagai Canselor Perbendaharaan di kala negara berdepan saat sukar. Untuk rekod peribadi, saya bangga membantu membina ekonomi di kala pandemik melanda yang berlaku dalam tempoh 300 tahun sekali,” kata Sunak.
Selepas kalah dengan Truss, Sunak mengajak penyokong Parti Konversatif untuk bersama berdiri di belakang Perdana Menteri baharu, Liz Truss.
“Saya akan terus menyokong kerajaan walaupun dipimpin oleh pesaing terdekat,” katanya seperti dilaporkan Hindustan Times.
Tambah Sunak, besar kemungkinan beliau akan terus berada di dalam Kabinet.
Semalam, Truss, 47, diumumkan sebagai Perdana Menteri baharu Britain dengan undi sebanyak 81,326 pada pemilihan Parti Konservatif manakala Sunak memperoleh 60,399 undi.
#Rishi Sunak #Liz Truss #Perdana Menteri UK #kalah pemilihan
;