PM Britain saran pakai pelitup mulut dan hidung di tempat tertutup

Agensi
Julai 13, 2020 19:59 MYT
Pemakaian pelitup mulut dan hidung telah diwajibkan di Scotland, sejak minggu lalu. - REUTERS/Flavio Lo Scalzo
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyarankan agar semua pihak memakai pelitup mulut dan hidung walaupun ketika berada di tempat tertutup sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.
Johnson berkata, kerajaan juga akan membuat pengumumkan dalam masa terdekat sama ada langkah itu akan diwajibkan atau sebaliknya.
Bercakap kepada pemberita semasa lawatan ke Perkhidmatan Ambulans London, Johnson berkata, pemakaian pelitup mulut dan hidung adalah langkah terbaik ketika berada di tempat tertutup.
Ditanya mengenai adakah perkara itu wajib, beliau berkata, pihaknya akan memutuskan perintah itu dalam tempoh terdekat.
Sebelum ini, pengkritik telah menuduh pemerintahaan di bawah Johnson gagal memberikan penjelasan mengenai keberkesanan penggunaan pelitup muka dan mulut sebagai usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Sementara itu, pemakaian pelitup mulut dan hidung telah diwajibkan di Scotland, sejak minggu lalu.
#Boris Johnson #Britain #facemask #kerajaan #koronavirus #London #menteri #pelitup mulut dan hidung #Perdana Menteri #PM #Scotland
;