PM Britain Boris Johnson, tunang berkahwin dalam majlis tertutup
Astro Awani
Mei 29, 2021 06:34 MYT
Mei 29, 2021 06:34 MYT
LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengahwini tunangnya Carrie Symonds dalam satu majlis tertutup di Westminster.
Hanya rakan rapat dan keluarga pasangan itu hadir di majlis tersebut.
Downing Street bagaimanapun enggan memberikan komen mengenai status terbaharu perdana menteri itu.
Rakan dalam Kabinet mula memuat naik ucapan tahniah termasuk Setiausaha Kerja dan Persaraan Therese Coffey kepada Johnson susulan berita perkahwinannya.
Laporan The Mail menyebut hanya 30 tetamu diundang ke majlis itu iaitu kapasiti maksimum yang dibenarkan di UK di bawah peraturan ketat mengekang penularan COVID-19.
Difahamkan majlis perkahwinan Johnson-Symonds diputuskan pada saat akhir.
Kisah cinta pasangan ini mula dilapor media pada awal 2019.
Kedua-dua mereka kemudiannya mengumumkan pertunangan dan Symonds hamil pada Februari 2020.
Anak lelaki mereka, Wilfred dilahirkan pada April lepas.