PM Britain berdepan tekanan kemuka tawaran baru
Agensi
Oktober 6, 2019 08:59 MYT
Oktober 6, 2019 08:59 MYT
PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson berdepan tekanan untuk meminda tawaran bagi menguruskan Brexit daripada pemimpin blok Kesatuan Eropah (EU)
Johnson diberi kata dua untuk mengemukakan penyelesaian dalam tempoh seminggu.
Beliau sebelum itu dilaporkan menghubungi pemimpin EU untuk beri penerangan mengenai pelan Brexitnya.
Bagaimanapun, blok Eropah berpendapat masih banyak yang perlu dilakukan Johnson menjelang Sidang Kemuncak EU pada 17 Oktober depan.
Johnson sebelum ini menegaskan akan merealisasikan hasrat keluar dari EU dengan apa jua cara.
#Boris Johnson
#Brexit
#Britain
#Kesatuan Eropah
#penyelesaian
#Perdana Menteri
#pinda tawaran
#sidang kemuncak EU
#tekanan