PM Bangladesh Hasina mendarat di India ketika tentera umum kerajaan peralihan

Bernama
Ogos 5, 2024 06:45 MYT
Sheikh Hasina mendarat di pangkalan tentera udara di India pada petang Isnin, selepas beliau melarikan diri dari negaranya berikutan demonstrasi besar-besaran terhadap kerajaannya. - Foto fail/AP
NEW DELHI: Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina mendarat di pangkalan tentera udara di India pada petang Isnin, selepas beliau melarikan diri dari negaranya berikutan demonstrasi besar-besaran terhadap kerajaannya, menurut media India.
Hasina berada di dalam pesawat Tentera Udara Bangladesh yang mendarat di pangkalan Hindon Tentera Udara India, di Ghaziabad, berhampiran ibu negara New Delhi, lapor Agensi Anadolu memetik saluran berita India Today.
Terdahulu, ketua tentera Bangladesh, Jeneral Waker-uz-Zaman mengumumkan kerajaan peralihan selepas Hasina melarikan diri dari negara itu di tengah-tengah protes ganas di seluruh negara.
Pihak berkuasa di Dhaka juga menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, menurut akhbar harian nasional Prothom Alo.
- BERNAMA
#PM Bangladesh #Sheikh Hasina #demonstrasi #mendarat di India
;