PM Armenia beri amaran cubaan rampasan kuasa oleh tentera
Agensi
Februari 25, 2021 19:49 MYT
Februari 25, 2021 19:49 MYT
YEREVAN: Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan memberi amaran keras kepada cubaan rampasan kuasa yang dilakukan tentera untuk menggulingkan kerajaan pimpinannya.
Reuters melaporkan, Pashinyan menerima tekanan untuk berundur sejak November lalu selepas dilihat gagal mengendalikan pertempuran berdarah Nagorno-Karabakh selama kira-kira enam minggu yang menyaksikan ratusan nyawa terkorban.
Nagorno-Karabakh telah mencapai kemerdekaan setelah kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991.
Namun, sejurus mencapai kemerdekaan, nasionalis Armenia yang menetap di Nagorno-Karabagh telah mengambil kesempatan mengisytiharkan pemisahan daripada pemerintahan Azerbaijan.
Kumpulan pemisah Armenia mendapat sokongan kerajaan Armenia dengan menghantar tenteranya menduduki Nagorno-Karabakh dan menguasai 20 peratus wilayah Azerbaijan di sekitarnya.
Meskipun menerima desakan bertubi-tubi untuk melepaskan jawatannya, Pashinyan, 45, tetap enggan berbuat demikian.
Sebaliknya menyatakan, beliau akan mengambil sepenuhnya tanggungjawab ke atas perkara yang berlaku dan mahu terus memberi fokus kepada keselamatan negara itu.
Sementara itu, jurucakap tentera dalam kenyataan memberitahu, tadbir urus yang lemah terutamanya dalam membabitkan isu dasar luar membawa negara itu ke ambang kehancuran.
Rusia telah menggesa konflik antara kedua-dua pihak itu diselesaikan secara aman mengikut Perlembagaan.
#konflik Nagorno-Karabakh
#Nikol Pashinyan
#menguling kerajaan
#amenia
#Azerbaijan
#politik
#takbir urus
#ketenteraaan
#cubaan menggulingkan kerajaan