Planet Musytari jelas kelihatan subuh ini

Agensi
Jun 21, 2022 23:43 MYT
Fenomena kesejajaran Musytari atau Jupiter bersama planet lain pernah berlaku dua tahun lepas. - Gambar fail/ Reuters
PLANET Musytari atau Jupiter akan kelihatan lebih terang dengan komposisi penuh dapat dilihat di langit Indonesia pada waktu subuh, Rabu.
Fenomena alam unik ini dikenali sebagai Jupiter Opposition atau oposisi Musytari yang mana planet ini berada pada kedudukan bertentangan dengan bulan merujuk kepada Bumi.
Kesejajaran fenomena ini sekali gus menampakkan imej Musytari dengan lebih jelas, lapor Kompas.
Sebelum ini fenomena seumpamanya pernah berlaku pada dua tahun lalu namun dalam komposisi bertentangan dengan matahari.
Pakar Astronomi, Marufin Sudibyo memberitahu, fenomena itu akan berlaku pada waktu subuh.
#Jupiter #Musytari #Fenomena angkasa #oposisi Musytari
;