Pistorius nafi ada niat bunuh teman wanita

Agensi
Februari 16, 2013 08:11 MYT
Bintang paralimpik dunia dan Afrika Selatan, Oscar Pistorius memberi kenyataan kepada mahkamah berhubung kes pembunuhan Reeva Steenkamp.
Sambil menangis Pistorious menafikan dia mempunyai niat untuk membunuh teman wanitanya itu.
Prosiding itu berlangsung di mahkamah majistret Pretoria pada Jumaat.
Pistorious kemudian dibawa ke balai polis tempatan untuk direman semula.
Terdahulu atlet berusia 26 tahun itu menjalani ujian forensik di Hospital Mamelodi.
Dia berdepan pertuduhan membunuh secara terancang oleh pihak pendakwaraya.
Steenkamp, 30 tahun ditemui mati selepas terkena beberapa das tembakan di kediaman Pistorius pada khamis.
Pihak polis menemui sepucuk pistol sembilan milimeter yang dipercayai senjata pembunuhan.
Setakat ini, tiada lagi suspek ditahan selain Pistorius.
#Oscar Pistorius #Reeva Steenkamp
;