Pistol milik rakan bawa padah..pemuda maut tertembak diri sendiri
Agensi
April 23, 2019 06:02 MYT
April 23, 2019 06:02 MYT
Seorang lelaki dari Ghana maut selepas tertembak diri sendiri semasa memegang pistol milik rakannya yang merupakan seorang anggota polis dalam kejadian di Mosholu Parkway, New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Frederick Afoakwah, 21 tahun, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius pada bahagian leher.
Semasa kejadian, Afoakwah bersama rakannya, Martinson Afariyeboah sedang bermain permainan video sebelum pistol yang diletakkan di atas meja diambil oleh mangsa.
Pemuda itu memegang senjata berkenaan sebelum satu das tembakan menembusinya lehernya.
Bapa mangsa, Ransford Afoakwah, 55 tahun, yang terjaga daripada tidur panik melihat mangsa berlumuran darah yang turut sofa dan permaidani.
“Saya melihat dia terbaring di atas lantai dan tidak lagi bersuara. Kami terus membawanya ke hospital di St. Barnabas naum dia gagal diselamatkan,” ujarnya kepada New York Post.
Menurut Ransford, kejadian yang menimpa anaknya itu merupakan insiden yang sangat tragis dan teruk.
Dalam pada itu, Afariyeboah yang baru bertugas selama enam bulan itu dijatuhi hukuman selepas hasil pemeriksaan mendapatinya cuai dalam menjaga senjata berkenaan sehingga menyebabkan kematian.