Pinterest, YouTube aktif sekat perkongsian maklumat tidak sahih vaksin
Agensi
Februari 26, 2019 06:05 MYT
Februari 26, 2019 06:05 MYT
YOUTUBE dan Pinterest kini berusaha memadam segala informasi yang bercanggah berhubung keberkesanan vaksin terutamanya dalam keadaan terkini berkaitan wabak campak yang sedang merebak di kawasan panas dihuni gerakan antivaksi di Washington, Amerika Syarikat (AS).
Menurut jurucakap Pinterest, laman web itu yang mengamalkan polisi ketidaktepatan maklumat sejak 2017 telah menghalang sebahagian besar pencarian berkaitan vaksin sejak tahun lalu selepas mendapati ia lebih menjurus ke arah maklumat yang tidak tepat.
Berdasarkan polisi tersebut, Pinterest akan menyekat segala maklumat yang tidak benar daripada laman web mereka berkaitan pencarian tersebut.
"Kami tidak membenarkan sebarang bentuk nasihat atau maklumat yang menjejaskan keselamatan dan keselamatan pelayar Pinterest. Ia merangkumi gerakan antivaksin dan penawar yang kononnya boleh merawat sakit kronik.
"Pinterest sepatutnya menjadi rujukan yang baik dan memberi inspirasi kepada orang ramai dan ketidatepatan maklumat bukan satu bentuk inspirasi," katanya.
80 peratus golongan ibu dan 38 peratus golongan bapa di AS direkodkan kerap menggunakan Pinterest, menurut data oleh comScore pada tahun 2017.
Terkini, 65 kes telah disahkan berhubung wabak campak di Washington dan sekurang-kurangnya 57 kes diketahui melibatkan individu yang tidak menerima imunisasi.
Sementara itu, berdasarkan Fox News, YouTube turut memulakan gerakan sama dengan memadamkan iklan di video yang mempromosikan maklumat retorik berkaitan anti-vaksinasi.
"Kami mengamalkan polisi yang ketat berhubung segala promosi berkaitan maklumat antivaksin. Jika kami berjaya mengesan mana-mana video yang mengandungi maklumat tidak benar, tindakan akan diambil dan video berkenaan akan dipadamkan," katanya.
#Amerika Syarikat
#antivaksin
#campak
#keselamatan
#Laman web
#maklumat tidak tepat
#measels
#pinterest
#Sosial Media
#washing
#YouTube