AS pindahkan tahanan Guantanamo Majid Khan ke Belize - Pentagon

Bernama
Februari 3, 2023 12:59 MYT
Pemandangan di luar kemudahan Teluk Guantanamo di Cuba, 29 Ogos 2021. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) telah memindahkan seorang banduan di kemudahan tahanan Guantanamo ke Belize, umum Jabatan Pertahanan dalam satu kenyataan pada Khamis, lapor Sputnik.
"Jabatan Pertahanan hari ini mengumumkan pemindahan Majid Khan dari kemudahan tahanan di Teluk Guantanamo ke Belize.
"AS menghargai kesediaan kerajaan Belize dan rakan kongsi lain untuk menyokong usaha berterusan AS yang memberi tumpuan kepada pengurangan tahanan dan akhirnya menutup kemudahan Teluk Guantanamo," menurut kenyataan itu.
Pada 2021, Khan dijatuhi hukuman penjara selama sepuluh tahun pada 2021.
Khan meninggalkan kemudahan itu pada Khamis - banduan pertama yang dipindahkan oleh pentadbiran Presiden Joe Biden - dan telah pun tiba di Belize, lapor media, memetik pegawai AS.
Khan, warga Pakistan dan satu-satunya pemastautin AS yang sah dan telah diberikan suaka di AS pada 1998.
Laporan itu menyatakan bahawa Khan telah ditahan di Karachi pada 2003, walaupun tempoh hukumannya tamat pada 1 Mac 2022, dia tidak boleh kembali ke AS.
Atas sebab itu pentadbiran Biden menghubungi beberapa negara termasuk Belize.
Pemindahan dua lagi tahanan dari Pakistan Abdul Rahim Ghulam Rabbani dan Mohammed Ahmed Ghulam Rabbani mungkin akan diselesaikan dalam beberapa minggu lagi.
Menurut Jabatan Pertahanan, daripada 34 tahanan yang ada di Teluk Guantanamo sebanyak 20 layak untuk dipindahkan.
-- BERNAMA
#Guantanamo #Majid Khan #warga Pakistan #banduan dipindahkan
;