Pindah kedutaan ke Baitulmaqdis, Palestin saman AS
Astro Awani
Oktober 1, 2018 11:07 MYT
Oktober 1, 2018 11:07 MYT
Palestin telah memfailkan saman terhadap Washington pada Jumaat berhubung keputusannya memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Menurut Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), pemindahan tersebut yang dilaksanakan pada Mei lalu, melanggar Konvensyen Vienna Terhadap Hubungan Diplomatik 1961.
Susulan itu, Palestin memohon ICJ mengisytiharkan tindakan itu sebagai melanggar undang-undang dan mengarahkan Washington memindahkan semula premis itu dari Kota Lama.
Terdahulu, Menteri Luar Palestin Riyad Al-Maliki dipetik sebagai berkata pada Sabtu, aduan itu sejajar dengan dasar negara Palestin yang bertujuan untuk mengekalkan status kota suci Baitulmaqdis.
Keputusan kontroversi Presiden Donald Trump pada Disember lalu telah mencetuskan bantahan kerana dikhuatiri akan menjejaskan penyelesaian dua negara.
#Amerika Syarikat
#Baitulmaqdis
#ICJ
#kedutaan
#Mahkamah Keadilan Antarabangsa
#Palestin
#pindah
#saman