PILKADA 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting

Astro Awani
November 27, 2024 09:45 MYT
Krisdayanti (kiri) dan Rano Karno antara selebriti Indonesia yang bertanding dalam Pemilihan Kepala Daerah (PILKADA) 2024. - Gambar fail
Pemilihan Kepala Daerah (PILKADA) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Malah ada yang mencalonkan diri untuk Wakil Gabenor, calon Bupati, calon Wakil Bupati dan calon Wali Kota.
Ini 10 artis yang bakal berentap dalam Pilkada 2024.
1. Krisdayanti
Penyanyi Krisdayanti menawarkan diri bertanding di Pilkada Kota Batu dengan menjadi calon Wali Kota bergandingan bersama Kresna Dewanata Phrosakh sebagai calon Wakil Wali Kota.
Kedua mereka disokong oleh Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) dan Partai Nasional Demokrat (NasDem).
2. Rano Karno
Kiprah Rano Karno pertama kali menjawat jawatan Wakil Bupati Tengerang sepanjang tempoh 2008 hingga 2011.
Beliau kemudian meneruskan pengaruhnya sebagai Wakil Gabenor Banten pada 2012 hingga 2014.
pada 2015 hingga 2017, Rano menjadi Gabenor Banten mengantikan Ratu Atut Chosiyah.
Dalam Pilkada 2024, Rano yang memegang jawatan Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) daerah pemilihan Banten III adalah calon Wakil Gabenor DKI Jakarta.
Rano menjadi wakil daripada calon Gabenor DKI Jakarta, Pramono Anung.
Rano disokong PDIP.
3. Gilang Dirga
Selaku pelawak dan penyampai, Gilang menjadi calon untuk Pilkada Kabupaten Bandung Barat 2024.
Beiau menjadi calon Wakil Bupati bersama Didik Agus T yang disokong Partai Demokrat dan Partai Keadilan Sejahtera (PKS).
4. Ricthie Ismail (Jeje Govinda)
Ritchie Ismail atau Jeje Govinda turut menawarkan diri sebagai calon Bupati Bandung Barat bersama Asep Ismail sebagai calon Wakil Bupatinya.
Pasangan Jeje Govinda - Asep Ismail disokong Partai Partai Amanat Nasional (PAN) dan Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra).
5. Ronal Surapradja
Ronal Surapradja menawarkan sebagai calon Wakil Gabenor Jawa Barat disokong PDIP bersama Jeje Wiradinata sebagai calon Gabenor Jawa Barat daripada PDIP.
6. Vicky Shu
Penyanyi Vicky Shu menawarkan diri dalam Pilkada Kabupaten Cilacap 2024.
Vicky Shu menjadi calon Wakil Bupati bersama Awaluddin Muuri sebagai calon Bupati Kabupaten Cilacap.
Keduanya disokong Partai Gerindra, Partai NasDem, dan Partai Persatuan Pembangunan (PPP).
7. Hengky Kurniawan
Artis yang juga merupakan Bupati Bandung Barat iaitu Hengky Kurniawan kembali menawartkan diri dalam Pilkada 2024.
Beliau menawarkan diri sebagai calon Bupati Bandung barat, Jawa Barat.
Hengky bergandingan bersama Ade Sudrajat sebagai calon Bupati Bandung Barat dan disokong PDIP, Nasdem, Partai Buruh, Perindo, PPP.
8. Sahrul Gunawan
Sahrul Gunawan pula menawarkan diri sebagai calon Bupati Bandung bersama Gun Gun Gunawan.
Ketika ini Sahrul Gunawan menjawat jawatan Wakil Bupati Bandung.
9. Lucky Hakim
Lucky Hakim kembali menawarkan diri dalam Pilkada tahun ini di Daerah Indramayu sebagai Bupati.
Beliau disokong PKS-Nasdem, PKN, Hanura, Partai Bulan Bintang (PBB), PPP, Gelora, dan Partai Buruh.
Beliau akan bergandingan bersama Saefudin.
10. Virnie Syafitri Ismail
Virnie yang terkenal dalam acara komedi Extravaganza pada tahun 2004, menawarkan diri dalam Pilkada Lebak.
Virnie disokong Partai Nasdem dan Partai Amanat Nasional (PAN) sebagai calon Wakil Bupati bergandingan bersama Dede Supriyadi.
Pasangan Dede-Virnie disokong Partai Nasdem, PAN, PBB dan Partai Buruh.
#Indonesia #Jakarta #PIKALDA 2024 #Krisdayanti
;