Pilihan raya Zimbabwe: Keadaan tidak terkawal
Astro Awani
Ogos 2, 2018 09:13 MYT
Ogos 2, 2018 09:13 MYT
Penunjuk perasaan bertempur dengan pihak berkuasa Zimbabwe dalam usaha membantah keputusan pilihan raya negara itu pada Rabu.
Bagi membendung bantahan berkenaan, pihak tentera negara itu mengadakan sekatan di beberapa lokasi di Harare.
Pertempuran berlaku apabila penunjuk perasaan mula membaling batu-bata ke arah pihak berkuasa.
Mengikut laporan media tempatan, keadaan mula tidak terkawal selepas pihak tentera melepaskan tembakan meriam air ke arah penunjuk perasaan.
Seorang penunjuk perasaan kelihatan terbaring di tengah jalan.
Bagaimanapun, tidak diketahui keadaan sebenar lelaki tersebut sama ada cedera ataupun mati.