BANGKOK: Pengundi Thailand di luar negara akan mengundi awal pada 24 April hingga 5 Mei bagi Pilihan Raya Umum yang akan berlangsung pada 7 Mei, kata Timbalan Ketua Pengarah Hal Ehwal Konsular Kementerian Luar Thailand Narong Boonsatheanwong.
Pengundi di luar negara akan melaksanakan tanggungjawab mereka di kedutaan/konsulat jeneral atau mengundi melalui pos, seperti yang ditentukan oleh kedutaan/konsulat jeneral Thailand di negara masing-masing sebelum undi mereka dikira di Thailand.
Pendaftaran untuk pengundian luar negara bermula 25 Mac hingga 9 April.
"Setakat 28 Mac, sebanyak 24,005 rakyat Thailand telah mendaftar, termasuk pengundi yang berada di Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Jerman menjadi antara lima negara utama," katanya.
Pada pilihan raya umum 2019, sejumlah 119,313 warga Thailand mendaftar untuk mengundi di luar negara, dengan pengundi dari Australia (16,000 pengundi), China, United Kingdom, Jepun, Jerman, Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan Perancis menjadi 10 negara teratas.
Bagi mempertingkatkan lagi persiapan pilihan raya di luar negara, MFA telah membangunkan Sistem Pemantauan Pengundian Luar Negara (OVMS) untuk menjejaki kemajuan terkini untuk memastikan pengaturan yang lancar dan telus, kata Narong.
"Rakyat Thailand di luar negara boleh mendaftar melalui laman web (URL: https://stat.bora.dopa.go.th/Election/popout) atau menghubungi Kedutaan Diraja Thai atau Konsulat Jeneral.
"Warga Thailand di luar negara dikehendaki mendaftar secara khusus untuk setiap pilihan raya dan melengkapkan maklumat terkini mengenai penempatan mereka," katanya.
Narong berkata MFA bekerjasama rapat dengan EC, Kementerian Dalam Negeri dan Thailand Post demi memastikan pengundian luar negara lancar.
"MFA kini mengedarkan peralatan berkaitan yang dibekalkan oleh SPR, ke luar negara untuk memulakan persiapan yang diperlukan.
"MFA juga telah menjalankan latihan untuk kakitangan Kedutaan dan Konsulat dengan penceramah daripada EC menyediakan maklumat dan prosedur operasi yang berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023

Pilihan Raya Umum Thailand bakal berlangsung pada 7 Mei ini. - Fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Pilihan raya Thai: Penantian belum berakhir, pembentukan kerajaan masih jadi teka-teki
Penantian masih belum berakhir bagi warga Thai untuk mengetahui siapakah yang akan membentuk kerajaan berikutnya.