Pilihan raya umum Pakistan pada 8 Feb

Bernama
November 3, 2023 06:56 MYT
Tarikh itu telah dimuktamadkan dalam mesyuarat antara Presiden Arif Alvi dan delegasi ECP diketuai Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya Sikandar Sultan Raja pada malam Khamis. - Gambar/ Astro AWANI
ISLAMABAD: Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) pada Khamis mengumumkan 8 Februari tahun depan sebagai tarikh rasmi pilihan raya umum di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.
Tarikh itu telah dimuktamadkan dalam mesyuarat antara Presiden Arif Alvi dan delegasi ECP diketuai Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya Sikandar Sultan Raja pada malam Khamis, menurut kenyataan ECP.
Terdahulu, ketua pesuruhjaya pilihan raya mengutus surat rasmi kepada presiden dengan mencadangkan 11 Feb sebagai tarikh pilihan raya umum berdasarkan keputusan Mahkamah Agung Pakistan yang dikeluarkan pada Khamis.
Bagaimanapun, tarikh 8 Feb kemudiannya dipersetujui.
-- BERNAMA
#Pakistan #PRU #pilihan raya umum #tarikh pilihan raya