Pilihan Raya Umum ke-7 Kemboja bermula
Bernama
Julai 23, 2023 10:00 MYT
Julai 23, 2023 10:00 MYT
KANDAL (Kemboja): Pilihan raya umum ketujuh bermula di Kemboja pada Ahad dengan sejumlah 18 parti politik mengambil bahagian dalam pemilihan kali ini, lapor Xinhua, memetik jurucakap Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC).
Lebih 9.7 juta pengundi layak mengundi dalam pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali untuk memilih ahli parlimen bagi 125 kerusi Dewan Undangan Negeri.
"Pengundian bermula pada 7:00 pagi waktu tempatan di semua 23,789 pusat mengundi di seluruh negara dan akan ditutup pada 3:00 petang," kata ahli dan jurucakap NEC Dim Sovannarom kepada Xinhua.
Keputusan awal dijangka diumumkan pada petang Ahad dan pagi Isnin, manakala keputusan rasmi akan dikeluarkan pada 9 Ogos.
Parti yang aktif dalam pilihan raya itu ialah Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang memerintah diketuai oleh Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen dan Parti Funcinpec, yang diketuai oleh Putera Norodom Chakravuth.
Hun Sen mengundi di pusat mengundi berhampiran kediamannya di wilayah Kandal, kira-kira 15 km selatan ibu kota Phnom Penh, manakala Putera Chakravuth melaksanakan tanggungjawabnya di Phnom Penh.
Pada pilihan raya umum lepas, CPP memenangi kesemua 125 kerusi Dewan Negara.
--BERNAMA