Pilihan raya Turki: Keputusan majoriti milik parti pemerintah

Agensi
November 2, 2015 12:57 MYT
AK mendapat hampir 50 peratus undi sementara pembangkang utama, CHP pula memperoleh 25.4 peratus undi. - AP Photo / Hussein Malla
Parti pemerintah, parti Pembangunan dan Keadilan (AK) menang dalam proses pilihan raya Parlimen, sekali gus mendapatkan semula majoriti yang hilang pada Jun lepas.
Kemenangan AK diumum Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu.
Selepas semua undian dikira, AK mendapat hampir 50 peratus undi, sementara pembangkang utama, CHP pula memperoleh 25.4 peratus undi.
Ahmet Davutoglu menyifatkan keputusan itu sebagai kejayaan kepada demokrasi dan seluruh warga Turki.
Pada Jun lepas, AK mengejutkan dunia politik Turki apabila hilang majoriti buat pertama kali dalam tempoh 13 tahun.
#Ahmet Davutoglu #Parti AK #Turki
;