Pilihan raya tamat, Pakistan mula proses kira undi

Agensi
Februari 8, 2024 06:38 MYT
Pilihan raya Pakistan diadakan ketika negara Asia Selatan berusaha pulih dari krisis ekonomi dan berdepan dengan peningkatan keganasan militan dalam suasana politik yang sangat dipolarisasi. - Foto REUTERS/Navesh Chitrakar
KARACHI: Pakistan mula melakukan kiraan undi selepas proses mengundi pengundian tamat dalam pilihan raya umum pada Khamis.
Pilihan raya itu turut diganggu serangan militan dan penggantungan perkhidmatan mudah alih manakala pihak berkuasa menyatakan bahawa sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh di seluruh negara.
Pilihan raya Pakistan diadakan ketika negara Asia Selatan berusaha pulih dari krisis ekonomi dan berdepan dengan peningkatan keganasan militan dalam suasana politik yang sangat dipolarisasi.
Saluran TV dijangka melaporkan keputusan awal beberapa jam selepas pengundian ditutup pada jam 5 petang (waktu tempatan) dan gambaran keputusan yang jelas berkemungkinan pada awal Jumaat disebabkan pengiraan berterusan dilakukan sepanjang malam.
Dewan rakyat mempunyai 265 kerusi dan pengundian dalam satu kerusi ditangguhkan kerana kematian seorang calon. Sebuah parti memerlukan 133 kerusi untuk majoriti mudah tetapi ramai analis percaya bahawa pilihan raya kali ini mungkin tidak menghasilkan pemenang yang jelas.
#militan #Pakistan #pilihan raya #pilihan raya umum
;