TAIPEI: Jutawan Taiwan, Terry Gou mengumumkan pelakon drama Netflix, Tammy Lai akan berganding bahu sebagai pasangannya dalam menghadapi pilihan raya negara itu tahun depan.
Pengasas syarikat pembekal Apple, Foxconn tu berkata, pelakon wanita veteran berusia 60 tahun itu akan bertanding sebagai calon Naib Presiden.
Gou, pada bulan lalu mengumumkan hasratnya untuk sebagai calon Bebas.
Dalam sidang media pada Khamis, Guo menggambarkan Lai sebagai "seorang penulis yang cemerlang dan berpengetahuan luas serta mentor spiritual."
"Kami tidak mempunyai beban politik, dan kami sangat prihatin tentang keperluan rakyat," tambah Guo.
Lai pula dalam reaksinya berkata, selama ini pengetahuannya mengenai politik agak terbatas namun, selepas beberapa bertemu dengan Guo: “Saya mendapati bahawa beliau adalah seseorang yang boleh saya bekerjasama kerana beliau sangat menarik".
Lai sebelum ini pernah memegang watak sebagai calon presiden dalam drama popular Taiwan di saluran Netflix "Wave Makers" yang disiarkan awal tahun ini.
Dalam drama berkenaan karakter lakonanya diinspirasikan berdasarkan kisah Presiden Tsai Ing-wen.
Siri tersebut mencetuskan gerakan MeToo di Taiwan awal tahun ini, mencetuskan beberapa dakwaan yang menggoncangkan beberapa industri.
Menurut peraturan pilihan raya Taiwan, Gou perlu mendapatkan 300,000 tanda tangan pengundi menjelang 2 November depan untuk melayakkan diri sebagai calon Bebas.
Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat akan menyemak semua tanda tangan itu dan mengumumkan keputusannya pada 14 November depan.
Gou meletakkan jawatan sebagai peneraju Foxconn pada 2019 sementara pada bulan ini pula beliau mengumumkan pengundurannya sebagai anggota lembaga pengarah syarikat tersebut.
Astro Awani
Thu Sep 14 2023

Terry Gou (kiri) mengumumkan pelakon drama Netflix, Tammy Lai akan berganding bahu sebagai pasangannya dalam menghadapi pilihan raya negara itu tahun depan. - Foto Facebook/Terry Gou
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Pilihan raya Taiwan: Lebih 19 juta dijangka keluar mengundi
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC), terdapat lebih 19.31 juta pengundi berdaftar akan mengundi di 22 bandar dan daerah.