Pilihan raya presiden Turkiye: Pesawat bawa undi luar negara mendarat di Ankara

Bernama
Mei 26, 2023 04:10 MYT
Undian dari warga Turkiye yang menetap di negara-negara Eropah dibawa menggunakan tiga pesawat selepas pengundian di pejabat perwakilan asing berakhir pada Rabu. -Gambar fail/AP
ANKARA: Sebuah pesawat yang membawa undi oleh ekspatriat Turkiye di pejabat perwakilan asing untuk pilihan raya penentu presiden Turkiye mendarat pada Khamis di ibu negara Ankara.
Undian dari warga Turkiye yang menetap di negara-negara Eropah dibawa menggunakan tiga pesawat selepas pengundian di pejabat perwakilan asing berakhir pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.
Semua undi luar negara akan diserahkan kepada Lembaga Pilihan Raya Daerah Luar Negara di ATO Congresium.
Kertas undi akan dikira serentak dengan undian lain pada 5 petang waktu tempatan (1400GMT) pada Ahad selepas pengundian selesai di seluruh negara.
Pengundian di pintu kastam akan diteruskan sehingga 5 petang waktu tempatan Ahad.
-- BERNAMA
#Turkiye #Pilihan raya presiden Turkiye #pejabat perwakilan asing #Lembaga Pilihan Raya Daerah Luar Negara