Pilihan Raya Presiden Filipina: Marcos Jr menang bergaya
Agensi
Mei 10, 2022 10:00 MYT
Mei 10, 2022 10:00 MYT
MANILA: Bekas Gabenor Ilocos Norte, Ferdinand Marcos Jr mendapat kemenangan menakjubkan dalam Pilihan Raya Presiden Filipina pada Isnin.
Beliau yang merupakan anak kepada bekas diktator Filipina, Ferdinand Marcos Sr mendapat majoriti kukuh sejak revolusi yang berlaku pada tahun 1986.
Revolusi yang menyaksikan kebangkitan rakyat itu telah menyebabkan mendiang bapanya melarikan diri ke Hawaii, Amerika Syarikat (AS).
Menurut Reuters, satu pengiraan tidak rasmi menunjukkan Marcos Jr, 64, atau lebih dikenali sebagai Bongbong, telah melepasi 27.5 juta undi yang diperlukan untuk mendapatkan majoriti.
Kemenangan itu menyebabkan kembalinya pemerintahan keluarga Marcos memimpin Filipina selepas Marcos hidup dalam buangan di Hawaii.
Beliau akan menggantikan Rodrigo Duterte sebagai Presiden Filipina pada Jun depan untuk memerintah selama enam tahun.
Duterte tidak bertanding pada pilihan raya itu kerana undang-undang negara tersebut menetapkan Presiden bertanding untuk satu penggal sahaja.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.