Pilihan raya presiden dan parlimen Turki bermula

Bernama
Mei 14, 2023 08:40 MYT
Presiden Recep Tayyip Erdogan berdepan pertandingan tiga penjuru dengan dicabar oleh calon pembangkang Kemal Kilicdaroglu dan Sinan Ogan. - Gambar/ AP
ANKARA: Berjuta-juta pengundi Turki mula mengundi pada pilihan raya presiden dan parlimen bermula Ahad, 8 pagi (0500GMT waktu tempatan), lapor Agensi Anadolu (AA).
Terdapat lebih 64.1 juta pengundi berdaftar, termasuk lebih 1.76 juta pengundi luar negara dan 4.9 juta pengundi kali pertama.
Sebanyak 191,885 peti undi telah disediakan - setiap pengundi akan mengundi sebanyak dua kali - satu untuk presiden dan satu lagi untuk Ahli Parlimen.
Presiden Recep Tayyip Erdogan berdepan pertandingan tiga penjuru dengan dicabar oleh calon pembangkang Kemal Kilicdaroglu dan Sinan Ogan.
Lebih 30 parti politik dan lebih 150 calon bebas akan bertanding.
Presiden dan Ahli Parlimen yang dipilih akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun.
-- BERNAMA
#pembangkang #pilihan raya #Recep Tayyip Erdogan #pengundi berdaftar