Pilihan raya Presiden Belarus: Lukasheko menang dengan 80.23 peratus
Agensi
Ogos 10, 2020 19:06 MYT
Ogos 10, 2020 19:06 MYT
Ahli politik yang sudah lama memimpin Belarus, Alexander Lukasheko memenangi pilihan raya presiden dengan memperoleh 80 peratus undi, menurut pegawai pilihan raya pada Isnin.
Suruhanjaya pilihan raya pusat negara tersebut pada Isnin mengumumkan bahawa semua undi telah dikira dan Lukasheko memperoleh 80.23 peratus, manakala pencabar utamanya, Sviatlana Tsikhanouskaya menduduki tempat kedua dengan 9.9 peratus.
Menurut laporan Associated Press, pengumuman berkenaan dijangka memburukkan ketegangan dalam kalangan penyokong pihak pembangkang, yang percaya hasil undi tersebut dimanipulasi dan merancang untuk berkumpul di Minsk untuk memprotes pada petang Isnin.
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di jalanan di beberapa kota dan bandar di Belarus pada malam Ahad untuk memprotes pengiraan awal yang menunjukkan kemenangan besar Lukashenko.
Mereka berdepan dengan anggota polis yang bergerak cepat untuk meleraikan penunjuk perasaan tersebut dengan menggunakan “flash-bang grenade” dan juga memukul mereka dengan baton.
Ia berlaku susulan pembantahan Lukashenko yang memerintah negara itu secara kuku besi untuk 26 tahun.
Kumpulan hak asasi manusia tempatan berkata, seorang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam tindakan keras oleh polis terhadap tunjuk perasaan, menyusuli pengundian pada Ahad.
Buat ketika ini, Lukashenko belum memberikan komen berhubung keputusan pilihan raya atau protes yang berlaku.
Beberapa bandar lain di seluruh negara juga berdepan dengan penunjuk perasaan.
Pada pagi Isnin, Jawantakuasa Penyiasat Belarus membuka siasatan jenayah terhadap rusuhan besar-besaran dan keganasan terhadap pengawai polis.