Pilihan Raya AS: Penyokong Kamala Harris anjur perhimpunan naik 'buggy'

Astro Awani
Oktober 15, 2024 09:10 MYT
Penyokong calon presiden Demokrat dan Naib Presiden AS Kamala Harris berhimpun menaiki 'buggy' di sebuah komuniti persaraan di Florida pada Isnin. - Foto REUTERS
FLORIDA: Penyokong calon presiden Demokrat dan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris berhimpun menaiki 'buggy' di sebuah komuniti persaraan di Florida pada Isnin.
Tinjauan terkini menunjukkan bahawa calon presiden Republikan, Donald Trump, dan Harris bersaing sengit di tujuh negeri termasuk Michigan, Pennsylvania, Wisconsin, Arizona, Georgia, Nevada, dan North Carolina.
Salah seorang penyokong Harris, Gerri Battaglia memaklumkan apa yang menjadi keutamaan ketika ini adalah kebebasan untuk mengundi bagi rakyat AS.
"Kebebasan! Kebebasan untuk menjadi apa adanya. Kebebasan mengundi. Kebebasan untuk menjaga tubuh kita sendiri. Dan menyokong Perlembagaan Amerika Syarikat," katanya.
Dalam masa sama, salah seorang lagi penyokong, Heidi Pearl menyeru rakyat AS perlu mengundi pemimpin yang tepat seperti Harris terutama kaum wanita.
"Kita akan mundur jika kita mengundi untuk sesiapa sahaja selainnya. Ia bukan hanya tidak baik. Saya tidak mahu berundur ke belakang. Dan wanita harus mempunyai hak mereka," kata penyokong, Heidi Pearl.
Terdahulu, menurut laporan perubatan yang diterbitkan oleh White House, Harris memaklumkan kesihatannya berada pada tahap sangat baik dan sesuai untuk jawatan presiden.
Sebelum ini, Kamala Harris dilaporkan mencabar pesaingnya Trump menerbitkan rekod kesihatannya sendiri.
#Amerika Syarikat #pilihan raya #Kamala Harris #Donald Trump
;