Pilihan Raya Parlimen Greece berlangsung pada Mei - PM
Bernama
Mac 22, 2023 17:39 MYT
Mac 22, 2023 17:39 MYT
ATHENS: Pilihan Raya Parlimen Greece akan diadakan pada Mei, kata Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis dalam temu bual dengan Alpha TV pada petang Selasa.
Namun, beliau tidak menyatakan tarikh sebenar.
Pilihan Raya Parlimen Greece diadakan setiap empat tahun dan mandat empat tahun kerajaan tamat pada 7 Julai 2023.
Sebelum ini, perdana menteri berkata kerajaan sedia ada berhasrat untuk terus bekerja sehingga hampir tarikh akhir penggal semasa.
"Sejak awal lagi saya menyatakan bahawa pilihan raya akan diadakan pada hujung tempoh empat tahun, tetapi tiada siapa yang percaya.
"Saya boleh mengesahkan bahawa pilihan raya akan berlangsung pada bulan Mei.
"Ia tidak akan berlaku pada bulan Julai kerana kemungkinan besar undian ulangan diperlukan.
"Kita tidak akan mengadakan pilihan raya pada bulan Ogos kerana ia waktu peperiksaan," kata Mitsotakis.
-- BERNAMA