Pilihan raya Parlimen Eropah bakal berlangsung 6 hingga 9 Jun 2024
Bernama
Mei 17, 2023 22:11 MYT
Mei 17, 2023 22:11 MYT
BRUSSELS: Pilihan raya Parlimen Eropah dijadual berlangsung dari 6 hingga 9 Jun, 2024, menurut ciapan presiden Kesatuan Eropah (EU) Sweden pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Wakil daripada 27 negara-negara anggota EU yang bermesyuarat di Brussels "baru meluluskan" tarikh berkenaan.
Pilihan raya diadakan setiap lima tahun dan ditandingi oleh parti politik kebangsaan.
Parlimen Eropah, satu-satunya institusi EU yang dipilih secara langsung, mengundi untuk memilih presiden Suruhanjaya Eropah dan meluluskan Kabinetnya.
Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen belum lagi menyatakan hasratnya untuk terus menjawat jawatan ketua badan eksekutif EU bagi penggal kedua.
-- BERNAMA