'Pilihan raya paling kotor dalam sejarah Pakistan'
Astro Awani
Julai 24, 2018 14:51 MYT
Julai 24, 2018 14:51 MYT
Menjelang pilihan raya Pakistan 25 Julai, calon-calon yang bertanding meneruskan momentum dan gerak kerja pada hari terakhir kempen.
Rapat umum diadakan di bandar-bandar utama di Pakistan.
Ia menjadi pentas bagi lagenda kriket, Imran Khan, untuk terus mencuba nasib menyaingi bekas perdana menteri, Nawaz Sharif.
Di sebalik penahanannya kerana disabitkan kes rasuah, parti pimpinannya, Liga Muslim Pakistan, tekad mahu menjadikan Nawaz perdana menteri kali keempat.
Di kalangan penjawat awam, aktivis hak asasi dan penganalisis, proses pilihan raya ini dianggap paling kotor dalam sejarah Pakistan sejak ia bertukar amalan daripada pemerintahan tentera kepada kerajaan awam pada 2012.
Menurut Suruhanjaya Hak Asasi Bebas Pakistan, kempen pilihan raya kali ini dicemari kejadian agresif dan cubaan melakukan kekerasan untuk memanipulasi keputusan.
Turut dilaporkan, insiden di mana pihak media tidak dibenarkan bersuara sementara calon-calon turut digertak.