Pilihan raya Myanmar: Proses buang undi selesai, keputusan dijangka hari ini

Agensi
November 9, 2020 10:10 MYT
Walaupun Myanmar merekodkan 1,100 kes baharu COVID-19, perkara itu tidak menghalang rakyatnya untuk keluar mengundi melibatkan seramai 37 juta pengundi seluruh negara. -AP Newsroom
NAYPYITAW: Keputusan pilihan raya Myanmar berkemungkinan besar diumum hari ini dengan parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Canselor Aung San Suu Kyi dijangka beroleh kemenangan selesa dalam proses itu.
Penganalisis melihat pilihan raya itu sebagai referendum terhadap pemerintahan awam yang masih popular di sebalik reputasi beliau yang tercalar kerana membisu dalam banyak isu melibatkan hak asasi manusia.
Suu Kyi mendapat sokongan secara keseluruhannya selepas dianggap pahlawan demokrasi dalam perjuangannya menentang diktator.
Kemenangan besar pada 2015 juga mengakhiri lebih dari setengah abad pemerintahan tentera.
Walaupun Myanmar merekodkan 1,100 kes baharu COVID-19, perkara itu tidak menghalang rakyatnya keluar mengundi melibatkan seramai 37 juta pengundi seluruh negara.
Di bandar terbesar, Yangon, pengundi beratur panjang memakai pelitup muka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Lebih sejuta pengundi layak di seluruh negara tidak dapat mengundi setelah pemilihan dibatalkan kerana pemberontakan.
Ratusan ribu etnik Rohingya yang tinggal di kem dan kampung di negeri Rakhine juga tidak dapat mengundi.
Parti Rohingya iaitu parti Demokrasi dan Hak Asasi Manusia berkata mereka "sangat kecewa" bahawa kerana etnik itu dilucutkan hak warganegara.
Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan pengundian di daerah-daerah yang terkena konflik harus dibatalkan atas alasan keselamatan dan hanya warganegara yang berhak memilih.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan pembunuhan beramai-ramai Rohingya pada 2017 oleh tentera Myanmar mendorong 730,000 etnik Islam itu melarikan diri ke negara jiran Bangladesh.
Pemenang hadiah Nobel Keamanan, Suu Kyi, 75, masih terkenal di Myanmar di mana tinjauan baru-baru ini mendapati 79 peratus masyarakat menganggapnya sebagai tokoh yang paling dipercayai di negara itu.
Namun, wilayah terpencil yang diduduki etnik minoriti sering merasakan diketepikan oleh kerajaan pusat yang cenderung kepada Buddha Bamar.
Antara rintangan bagi beberapa pembaharuan NLD adalah perlembagaan yang menjamin tentera menjadi kepentingan politik, termasuk kuota 25 peratus kerusi perundangan.
#Myanmar Memilih #Aung San Suu Kyi #Liga Demokrasi Kebangsaan #pemerintahan awam #COVID-19 #Rakhine #Bangladesh #Rohingya #pilihan raya umum #etnik minoriti
;