Pilihan raya Lubnan mungkin dilanjutkan

Astro Awani
April 8, 2013 10:25 MYT
Pilihan raya Parlimen Lubnan yang dijadualkan pada Jun ini berkemungkinan terpaksa dilewatkan.
Demikian kata Perdana Menteri Lubnan yang baharu, Tammam Salam.
Menurutnya, terdapat kemungkinan akan wujud kelewatan teknikal ketika sebuah undang-undang pilihan raya baharu masih belum diputuskan.
Dengan kebanyakan blok politik menentang undang-undang pilihan raya baharu Lubnan, Tammam berkata, usahanya untuk mencapai persetujuan terhadap undang-undang itu akan memakan masa.
Tegas Tammam, tindakan alternatif untuk melanjutkan jangka hayat Parlimen kepada setahun dua dilihat tidak sesuai dan berisiko.
Bekas menteri kebudayaan itu turut tekad untuk menghimpunkan semua fraksi politik Lubnan dalam proses pembentukan kerajaan yang baharu.
#dilewatkan #Jun #lubnan #Parlimen #pilihan raya #Tammam Salam
;