Pilihan raya AS: Kakitangan sukarelawan beri penjelasan kerosakan perisian

Astro Awani
November 6, 2024 08:10 MYT
Sebuah video tular mendedahkan seorang sukarelawan kakitangan pilihan raya sedang memberi penjelasan masalah kerosakan perisian kepada pengundi di pusat pengundian di Ebensburg, Cambria County, Pennsylvania pada Selasa. - Foto REUTERS
PENNSYLVANIA: Sebuah video tular mendedahkan seorang sukarelawan kakitangan pilihan raya sedang memberi penjelasan masalah kerosakan perisian kepada pengundi di pusat pengundian di Ebensburg, Cambria County, Pennsylvania pada Selasa.
Pemegang akaun @KimJFlanders yang memuat naik video tersebut ke platform media sosial X memberitahu sukarelawan tersebut memaklumkan kepada pengundi, mesin undi mereka tidak dapat menghantar undi secara elektronik dan proses mengundi terpaksa menggunakan kertas undi.
Dalam pada itu, hampir 81 juta orang telah mengundi lebih awal sebelum Selasa, lebih separuh daripada jumlah undi pada 2020.
Dalam masa sama, beberapa masalah teknikal dalam pengiraan undi dilaporkan di Cambria County, Pennsylvania, dan sebuah mahkamah tempatan meluluskan permintaan pegawai pilihan raya untuk melanjutkan waktu mengundi selama dua jam pada Selasa malam.
Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris dan pencabarnya dari Republikan, Donald Trump, akan bersaing untuk mencapai 270 undi yang diperlukan untuk memenangi perlumbaan dan mendapatkan 'kunci' ke Pejabat Oval di Rumah Putih.
Namun, dengan perlumbaan tahun ini yang sangat sengit, pakar menjangkakan risiko peningkatan terhadap kelewatan dan komplikasi seperti cabaran undang-undang mengenai kiraan undi.
#Kamala Harris #pilihan raya AS #Donald Trump #kerosakan perisian
;