Pilihan raya Iraq: Kesatuan Eropah pantau pusat pembuangan undi

Astro Awani
Oktober 8, 2021 06:08 MYT
Anggota tentera Iraq beratur di luar pusat pembuangan undi di Mosul, Iraq, 8 Okt, 2021. REUTERS
DELEGASI Misi Pemantau Pilihan Raya Kesatuan Eropah (EU) mengadakan lawatan ke pusat pembuangan undi di Baghdad di mana anggota tentera menunaikan tanggungjawab sempena pilihan raya Iraq.
Ia merupakan proses mengundi awal dua hari sebelum rakyat negara itu dijadual membuang undi.
Pilihan raya kali ini diadakan enam bulan lebih awal dari tarikh sebenar pembubaran kerajaan sedia ada.
Ini seiring dengan janji yang dibuat oleh Perdana Menteri Mustafa al-Kadhimi yang memegang jawatan itu sejak tahun lalu.
Seramai 3,449 calon bersaing untuk merebut 329 kerusi Parlimen dalam pemilihan yang bakal berlangsung secara rasmi pada Ahad.
Ini adalah kali kelima pilihan raya diadakan sejak kejatuhan Saddam Hussein dan setelah Amerika Syarikat berada di Iraq pada 2003.
Lebih 24 juta daripada keseluruhan 38 juta rakyat Iraq layak mengundi.
#Kesatuan Eropah #pilihan raya Iraq #Perdana Menteri Mustafa al-Kadhimi #pengundian awal
;