Pilihan raya Filipina: Tujuh maut dalam serangan di Rosario
AFP
Mei 9, 2016 13:21 MYT
Mei 9, 2016 13:21 MYT
Tujuh maut dan seorang cedera dalam kejadian tembakan ke arah satu konvoi kenderaan di bandar Rosario, selatan Filipina, beberapa jam sebelum proses pengundian pilihan raya negara itu berlangsung pagi tadi.
Menurut Cif Inspektor Jonathan del Rosario, kumpulan yang tidak dikenali itu melepaskan tembakan secara rambang daripada sebuah jip dan motosikal.
Motif kejadian masih belum diketahui.
Sebelum ini, 15 dilaporkan terkorban sejak setahun lalu dan ramai yang menjadi mangsa dipercayai ada kaitan dengan pilihan raya.
Hampir 55 juta rakyat negara itu keluar mengundi sejak pagi lagi bagi memilih Presiden dan timbalannya selain wakil-wakil mereka di dewan Kongres .