Pilihan raya Bangladesh: Kawalan diperketat susulan keganasan
Astro Awani
Disember 30, 2018 14:09 MYT
Disember 30, 2018 14:09 MYT
Bangladesh memperketat kawalan keselamatan menjelang pilihan raya yang dijadual berlangsung hari ini.
Pihak berkuasa menempatkan 600,000 anggota keselamatan, meliputi tentera dan polis di seluruh negara.
Kerahan itu turut melibatkan pasukan tentera elit Bangladesh, tentera laut, pasukan sempadan dan kawalan pantai serta polis bantuan.
Kerahan ini susulan siri kempen dan keganasan yang tercetus hingga menyaksikan penahanan aktivis pembangkang.
Pasukan keselamatan akan bertanggungjawab mengawal sejumlah 40,000 pusat pengundian.
Pilihan raya kali ini dijangka akan menyaksikan Perdana Menteri Sheikh Hasina mengekalkan kuasa untuk penggal keempat.
Keganasan ketika kempen sebelum ini menyaksikan 13 orang maut dan ribuan lagi cedera.
Semua syarikat telekomunikasi Bangladesh diarah untuk menyekat perhidmatan internet mudah alih sehingga tengah malam Isnin berikutan pilihan raya umum negara itu.
Jurucakap kerajaan, Zakir Hussain Khan memberitahu, tindakan itu adalah untuk mengelakkan sebarang khabar angin atau propaganda tersebar ketika perjalanan pilihan raya umum.
#Bangladesh
#keganasan
#kerajaan
#keselamatan
#maut
#pembangkang
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#Sheikh Hasina
#tentera