Pil COVID-19 Merck berkesan tangani varian baharu - Panel
Astro Awani
Disember 1, 2021 10:10 MYT
Disember 1, 2021 10:10 MYT
PENASIHAT kesihatan Amerika Syarikat (AS) sedang mengkaji pil COVID-19 Merck, yang mungkin boleh menjadi ubat pertama yang mudah digunakan untuk pesakit di Amerika.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS bertanya kepada pakar luarnya pada Selasa sama ada ia harus membenarkan pil tersebut.
Agensi itu sedang mempertimbangkan data baru bahawa ubat antiviral molnupiravir itu kurang berkesan daripada yang pertama kali dilaporkan oleh syarikat itu.
Soalan lain ialah sama ada wanita hamil atau wanita dalam usia mengandung harus mengelak menggunakan ubat itu.
Para saintis Merck berkata, mereka percaya ubat mereka itu berkesan melawan varian baharu Omicron.
Naib presiden kanan penyelidikan klinikal Merck, Dr Nicholas Kartsonis berkata, perubahan yang datang bersama Omicron adalah perubahan yang telah dilihat sebelum ini wujud bersama varian lain.
Katanya, Merck berusaha bersungguh-sungguh menguji ubat tersebut bagi melawan varian baharu itu.
"Kami perlu mengumpul virus itu dan membuat penilaian dengan teliti.
"Kami komited akan mengumumkan keputusan tersebut sebaik sahaja ia sedia," kata Kartsonis.
Panel FDA akan mengemukakan cadangannya, tetapi keputusan muktamad akan dibuat oleh kakitangan FDA sendiri.