Pihak tuduh Jokowi komunis tidak berperikemanusiaan - Megawati

Bernama
Julai 3, 2014 19:20 MYT
Pihak tuduh Jokowi komunis tidak berperikemanusiaan - Megawati
Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Megawati Soekarnoputri membidas pihak yang memfitnah bahawa calon presiden, Joko Widodo atau Jokowi, mengamalkan fahaman komunisme.
Bekas presiden Indonesia itu berkata mereka yang melemparkan tuduhan berkenaan adalah pihak yang tidak berperikemanusiaan.
Beliau berkata negara yang sebelum ini dikait mengamalkan fahaman komunisme juga sudah berubah malah negara terbabit kini mengambil bahagian dalam arena antarabangsa.
Justeru, Megawati berkata Indonesia harus memandang ke depan berpandukan Pancasila sebagai dasar dan tujuan kehidupan berbangsa dan bernegara.
Beliau juga menegaskan PDI-P akan sentiasa memperjuang amalan demokrasi dengan meletakkan rakyat sebagai sumber inspirasi dan dasar perjuangan.
"PDI-P sentiasa meletakkan ketaatan pada undang-undang yang menjunjung tinggi keadilan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
#Jokowi #Megawati Soekarnoputri #PDI-P #Pemilu
;