KHARTOUM: Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) pada Khamis bersetuju melanjutkan gencatan senjata sedia ada, yang tamat pada tengah malam Khamis, selama tiga hari lagi, lapor Xinhua.
Abdel Fattah al-Burhan, komander jeneral tentera memberi kelulusan awal untuk lanjutan gencatan senjata lewat Rabu selama 72 jam lagi, kata tentera dalam kenyataan dengan menegaskan kelulusan lanjutan gencatan senjata itu dibuat secara unilateral.
Sementara itu, RSF dalam kenyataan di Twitter berkata pihaknya bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan selama 72 jam lagi bermula pada tengah malam Khamis.
"Kami mengesahkan komitmen kami terhadap syarat-syarat gencatan senjata kemanusiaan, dengan mengambil kira keadaan rakyat Sudan serta bagi memudahkan pemindahan warga diplomatik dan asing," menurut kenyataan itu.
Gencatan senjata semasa gagal menghentikan pertempuran di ibu negara Sudan, Khartoum dan wilayah lain, namun membuka peluang kepada negara asing untuk memindahkan diplomat dan rakyat mereka dari negara yang dilanda konflik itu.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia konflik bersenjata yang tercetus antara tentera Sudan dan RSF pada 15 April mengorbankan sekurang-kurangnya 459 orang dan mencederakan lebih 4,000 setakat ini.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Fri Apr 28 2023
Abdel Fattah (foto) memberi kelulusan awal untuk lanjutan gencatan senjata lewat Rabu selama 72 jam lagi. -Gambar fail/AP
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata di Gaza
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi UNSC untuk menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata di Gaza.
Tiada pertukaran tebusan, tahanan tanpa akhiri perang Gaza - Hamas
Hamas menegaskan tidak akan ada perjanjian pertukaran tebusan untuk tahanan dengan Israel melainkan perang di kawasan Palestin itu berakhir.
AS sekali lagi veto draf resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB berhubung Gaza
AS menggunakan kuasa vetonya terhadap satu draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil desak gencatan senjata segera di Gaza
Menerusi kenyataan bersama Anwar dan Lula da Silva, kedua-dua pemimpin juga mahu pengwujudan Palestin yang berdaulat.
Rusia jalin kerjasama dengan negara Arab untuk redakan ketegangan di Timur Tengah - Diplomat
Rusia akan berkoordinasi dengan rakan kongsi Arab dan Islam untuk meredakan situasi di Timur Tengah, kata Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova.
Israel-Hezbollah berbalas serangan
Serangan ini adalah yang paling sengit sejak Menteri Pertahanan Israel menegaskan tiada gencatan senjata akan berlaku.
Sidang Kemuncak Arab-Islam seru UNSC luluskan resolusi mengikat untuk gencatan senjata Gaza
Sidang Kemuncak Arab-Islam di Arab Saudi pada Isnin menggesa UNSC mengeluarkan resolusi mengikat yang menguatkuasakan gencatan senjata segera di Gaza.
Aktivis pro-Palestin di New York desak gencatan senjata
Kesemua mereka melaungkan slogan pro-Palestin, sambil menuntut agar gencatan senjata dilaksanakan susulan peperangan yang berterusan di Gaza.