Pihak bertelagah di Sudan setuju gencatan senjata selama 7 hari

Bernama
Mei 21, 2023 20:18 MYT
Gencatan senjata itu dijadualkan berkuat kuasa pada 9.45 malam waktu tempatan pada Isnin. - Gambar fail
WASHINGTON: Gencatan senjata sementara antara pihak yang bertelagah di Sudan berjaya dicapai, menurut Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi -- yang menjadi perantara kesepakatan itu.
Menurut kenyataan Jabatan Negara AS, gencatan senjata tujuh hari itu ditandatangani oleh wakil dari Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF).
Gencatan senjata itu dijadualkan berkuat kuasa pada 9.45 malam waktu tempatan pada Isnin, lapor UPI.
Pihak yang bertelagah turut bersetuju untuk AS dan Arab Saudi dengan sokongan antarabangsa memantau genjatan senjata itu untuk memastikan ia dipatuhi.
AS dan Arab Saudi serta dua pihak yang bertelagah akan menjadi sebahagian daripada jawatankuasa pemantauan.
-- BERNAMA
#gencatan senjata #Sudan #tentera Sudan #RSF
;