Pihak berkuasa Mesir gempur penunjuk perasaan

Astro Awani
Disember 28, 2013 15:18 MYT
Sekurang-kurangnya dua dilapor maut dalam keganasan terbaru di Mesir.
Salah seorang mangsa meninggal dunia selepas ditembak dekat Damietta manakala seorang lagi terbunuh dekat Menia selepas bekas gas pemedih mata mengenai muka mangsa.
Ia berlaku ketika tentera cuba mengukuhkan cengkaman dengan meningkatkan tahap keselamatan di beberapa bandar utama di Mesir.
#Damietta #keganasan #Menia #Mesir #serangan #tentera
;