Pihak berkuasa Mesir didakwa keluarkan sijil kematian palsu mangsa keganasan
Astro Awani
Ogos 19, 2013 08:44 MYT
Ogos 19, 2013 08:44 MYT
Para penyokong bekas Presiden Mohammed Morsi mendakwa pihak berkuasa cuba menyembunyikan angka kematian sebenar mangsa serangan pihak berkuasa.
Mereka turut mendakwa pihak berkuasa mengeluarkan sijil kematian palsu bagi menutup punca sebenar kematian.
Keadaan itu bagaimanapun tidak melunturkan semangat para penyokong Mohammed untuk terus melancarkan demonstrasi.
Menurut, seorang pengawai keselamatan yang enggan dikenali mendakwa sekurang-kurangnya 72 orang maut termasuk 10 pegawai polis.
Dalam tempoh seminggu keganasan di Mesir menyaksikan hampir 700 orang terbunuh.
Berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.