Pihak berkuasa Chennai gagalkan cubaan seludup 740 gram emas penumpang Malaysia

Bernama
Mac 9, 2023 14:32 MYT
Emas tulen 24 karat yang dirampas dianggarkan bernilai 3.62 juta rupee India (AS$44,200). - Gambar hiasan
NEW DELHI: Pihak kastam India menggagalkan cubaan menyeludup emas oleh seorang penumpang warganegara Malaysia di lapangan terbang Chennai dan merampas 740 gram barang kemas.
Wanita itu dilaporkan tiba dari Malaysia pada Selasa dengan menaiki penerbangan Indigo.
Menurut jabatan kastam dalam satu kenyataan pada Rabu, pihaknya menemui emas seberat 740 gram di badan wanita terbabit.
Emas tulen 24 karat yang dirampas dianggarkan bernilai 3.62 juta rupee India (AS$44,200).
Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan, kata pegawai kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, K.P. Jeyakar.
-- BERNAMA
#seludup emas #wanita Malaysia #kastam India #Chennai
;